Majlis penyampaian Anugerah Ketua Eksekutif ini merupakan salah satu program kolej yang dijalankan oleh Bahagian Akademik INSTEDT. Majlis ini bertujuan untuk memberi penghargaan di atas usaha para pelajar yang bersungguh-sungguh dalam meraih kecemerlangan akademik dengan Purata Nilai Gred (PNG) 3.50 dan ke atas. Sejurus sebagai pemangkin semangat baru kepada pelajar-pelajar lain untuk terus gigih berusaha dan bersaing dalam mencapai kejayaan di dalam setiap bidang yang diceburi.